Tentang

Tuesday 30 October 2012

Sebelahnya.




Lewat petang itu aku datang ke kedai kopi kegemaran, dan duduk di sudut biasa. Kunci, wallet dan sekotak sigaret (sekali dengan lighter) aku letakkan di atas meja dan terus pesan secangkir kopi, seperti kebiasaan. Dalam sedang leka lihat sana sini, mata aku semacamnya terpaku melihat satu pasangan yang asyik berkasih di meja hujung.

Dua susuk itu, dan aku kenal separuh bagian darinya. Demi Tuhan, aku kenal si gadis itu, tapi si teruna tidaklah pula aku pasti siapa.

Teruna.
Kerna aku yakin mereka masih belum berkahwin. Maksud aku, bernikah. Ya, mungkin saja mereka sudah berkahwin tapi aku pasti yang mereka masih belum bernikah. Walau semesra mana mereka berkasih, beda-nya pasti nampak bila pasangan suami istri itu mesra-nya juga lain, tidak sepertinya itu.


"Dan dengan hanya satu genggam (atau dua), dilunakkan menjadi sebatian untuk disimpan kemas di dalam relung dan kemudiannya berobah menjadi sesuatu yang lain. Perlahan-lahan. Sedikit-dikit. Tidak terus, tetapi berperingkat. Ianya bercambah dan ditiup menjadi sempurna.

            Entah kenapa, tangan celaka buat ianya hilang menjadi hitam yang mati."



*diam*

Ya, pasti. Aku kenal gadis itu.

Tanpa tunggu pesanan, lama dikit aku bangun dan berlalu.


-AsaSiaga-

Friday 26 October 2012

Korban

Lembu, kerbau, qibas, kambing, unta dan se-antara binatang berkaki empat yang halal dan cukup syarat pada zahirnya atas nama ketaqwaan, nescaya mereka pasti akan bersabda seperti berikut pada hari ini...

"Sahaja aku mengorbankan diriku pada tahun ini sesudah melengkapi syarat seperti ditetapkan oleh-Mu, maka dimohon pengorbananku berserta mereka yang memiliki-ku atas nama upacara suci ini diterima oleh-Mu."

Oleh itu, aku bertanyakan pada kamu.. cukup redha-kah kamu dengan apa yang kamu laungkan pengorbanan yang kamu laungkan selama ini?

-Yoba-

Monday 22 October 2012

Kejoraku Bersatu

Waktu begini - tengah malam - paling indah mendengar musik sebagai terapi emosi. Jadinya dengan langit yang cerah, sedikit awan bertemankan bulan yang penuh, di tempat pembaringan telinga sedang mendengar lagu ini...

"Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu"

Syahdu. Indah. Rasa paling dalam sedang menari-nari meresap ke dalam jiwa. Terus-menerus memutarkan lagu ini tanpa jemu sehinggakan tanpa sedar, separuh diri ini berkhayal hingga terlelap.....

Dan esoknya mentera bait-bait indah itu membuatkan diri ini adiksi padanya untuk terus mendengar.

-Yoba-

Saturday 20 October 2012

Jaga jaga dengan Buck Futter.

Kisah separuh benar. Separuh.

*****************************

Pintu bilik kecil itu diketuk tiga kali. Kedengaran sayup suara halus dari luar menyapa. Seraya, penghuni tunggal bilik kecil itu mematikan monitor dan speaker komputer desktop nya.

"Assalamualaikum." Sapa lagi suara halus itu.

"Waalaikumussalam, come in. Oh Lily. To what do I owe you this pleasure?" Jawab penghuni bilik.

"Erm, I sorry Professor Buck Futter because I coming not telling you before. But I got something to talk to you."

"Really? What's it about?"

"It's about... ermmm what you call that eh? erm.... Prof, can I speak Malay? I more comfortable speaking in Malay."

 "Ok."

"Ini pasal carry mark saya untuk semester ni professor. Prof, takkan rendah sangat carry mark saya, prof? Tak sampai separuh ni." Lily merayu.

"Yes, that's your carry mark. To be honest, I have been too lenient with you"

"Lenient tu apa sir?"

"Generous. Murah hati. Honestly, you don't even deserve 25 over 60. You were absent on the day we did our first test, weren't you? Did you give me any valid reasons? I don't think so. I didn't even get a shred of an MC. For your second assignment, your group mates complained to me that you weren't contributing enough for the team. We discussed this last two weeks, and you did admit that you are to be blamed, and you are willing for your marks to be deducted."

"But takkan lah 5 over 30 prof?" Mata Lily mula merah. Di sebalik tudung merah jambunya, dapat Lily rasa telinganya bertukar merah. Mungkin telinga dia tidak dapat menerima kebenaran yang dilontarkan Professor Buck Futter. Kebenaran, yang juga kesilapan yang boleh sangat kalau Lily nak elakkan sebenarnya. Butir butir air mata penyesalan mula bertakung.

"5 is for your language, over 10. 10 marks for content, gone. You gave me too little. And, even on that 3 pages that you wrote, those pages are from wikipedia. What do you think I am? I am a Professor, young lady.

A friggin' PROFESSOR.

Do you think I wouldn't recognize a copy-paste entry from Wikipedia? For this assignment, I have also deducted another 10 marks from you because of your lack of commitment towards this assignment."

"Professor! I am sorry prof! I learned my lesson... Please don't fail me Prof... There must be something I can do untuk top up my carry marks, prof"

Professor Buck Futter tarik nafas panjang.

"No. I will not raise your marks. This is your punishment. If I raise your marks, you will repeat the same thing to your other friends. This is an effect caused by your own choices. When you have made a choice, be prepared to face the consequences. Next time, think before you do something."

"Professor, saya sanggup buat extra assignment sir. Please sir. I cannot fail... My dad will angry at me Prof..." Air mata Lily tak mampu ditahannya lagi. Setitik demi setitik ia jatuh dari pipi halus, putih. Dia menangis teresak - esak. Luluh hati Professor bila dia melihat perempuan menangis.

Sekali lagi Professor Buck Futter tarik nafas panjang.

"Look, there is still your final exam coming. And that's 40%. You only need another 25% for you to pass."

"Mana mungkin, Prof... Tak mungkin saya dapat score 25% dari 40%.."

"Lily, kalau awak cakap awak gagal sebelum exam, nanti exam saya jamin awak akan betul betul gagal. Believe in yourself, Lily. You can do it. You can score. I have faith in you." Pujuk Professor Buck Futter sebaik mungkin. Professor Buck Futter ni, walaupun bergelar professor; paling pakar dalam bidangnya, tapi bila masuk bab memujuk hati perempuan, kepakarannya dalam bidang ni laksana budak sekolah darjah 1.

Entah bagaimana, hati Lily mula tenang. Dipujuk dan dipujuk, dia semakin yakin pada dirinya sendiri. Sepuluh minit kemudian, dia betul betul yakin pada dirinya sendiri dan berazam untuk membaiki dirinya. Dia minta izin untuk keluar, dan tidak lagi menoleh belakang. Langkah wanita itu penuh berwawasan.

*******************************

Sebaik sahaja Lily menutup pintu biliknya, Professor Buck Futter menarik nafas panjang bertalu talu. Lutut kiri dan kanan diketuk ketuk. Sedikit sebanyak, Pergerakan 'Ular dalam Seluar'nya mula beransur jinak.

"Pergh. Deja vu siot... Ayat nak sebijik sebijik keluar dari benda alah ni kan? What the fuck. Kah kah."

Monitor dan speaker komputer desktop miliknya yang dimatikan sebentar tadi dibuka semula. Professor Buck Futter menggerakkan tetikus ke kotak pangkah merah GOM Video Player yang tak sempat dia tutup tadi dan menutup siri Amerika Nakal, Cikgu Lucahku yang Pertama yang dia sedang tengok sebelum Lily sampai tadi.

Tak perlu dia tengok sampai habis cerita dalam komputernya itu kerana padanya, cerita itu telah pun berlaku, dan semua aksi aksi itu berlaku di dalam imaginasi mindanya, dan Lily sebagai watak pembantu.

Tuesday 16 October 2012

Rezeki

Frasa melankolik bangsamu yang sepet ada berkata ...

"Jika engkau mahu pacu kudamu dengan laju, berikanlah rumput dan air yang terbaik atau sekurang-kurangnya secukupnya nescaya dia pasti gembira berkhidmat untukmu"

Namun aku di kerah seperti tiada hari esok.
Di tekan hingga teruk namun hasil diri sekadar cukup makan.
Malahan dicaci dan diumpat keji.
Bila ku suarakan ke-tidak-puas-hati-an,
Engkau herdik seperti aku tiada maruah dan hamba abdi.

Jadinya selamat tinggal dan terus-terusan lah dengan sikap kedekut engkau...
Kerana aku percaya bumi ini terbentang luas untuk aku hidup tanpa mengemis disisi mu.

-Yoba-

Sunday 14 October 2012

Pesanan Buat Hati

Hati, rawatlah dirimu sepertimana engkau sentiasa merawatinya sepanjang tempoh nafas ni. Bukankah engkau sentiasa ditikam bertubi-tubi?  Bukankah engkau sudah biasa dipijak lumat hampir mati? Usah risau, akhirnya bukankah engkau sentiasa memujuk diri?

Hati, aku tidak hirau andai engkau mahu menjadi sekeras besi, malahan tidak pula peduli andai busuk seperti bangkai, cumanya aku harap janganlah engkau mati rasa kerana andai itu berlaku, segalany sudah tidak bererti lagi.

-Yoba-

Saturday 13 October 2012

Cerita Bodoh Tentang Buck Futter yang Bodoh.

Niat, tak menghalalkan cara.

Niat, semurni mana pun dia, kalau usaha yang kau lakukan untuk mengecap niat itu tak berapa nak betul, tetap haram.


Niat aku: Aku nak sangat buat kau jadi isteri.

Cara: pisahkan kau dari lelaki bastard itu.


Rasional: 

1) Gila apa. Lelaki tu tak pernah solat, kau nak buat dia jadi suami kau ke, pempuan?

2) Dia pemarah. Pemarah fizikal. Aku boleh tahu kalau kau fuck up, muka kau jadi sasaran tumbukan dia.


Hasil: Gagal.

Alasan gagal: 

1) Kau masih setia dengan dia. Aku tak faham. kalau kau kata kau menderita dengan dia, kenapa dia yang kau cari? kenapa dia yang kau setia?

2) Kau nak kad kahwin kau nampak "kelakar". (Halim + Hazirah = HaHa = Ha kuasa dua) Alasan paling bodoh.

3) niat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat aku yang kononnya untuk selamatkan kau dari lelaki bastard tu, kalau caranya itu salah sebab aku letakkan keputusan itu dalam tangan aku sendiri, usaha aku tetap akan gagal. 

Semoga bahagia. Jangan jemput aku pergi kenduri kahwin kau. 

-Buck Futter-

Friday 12 October 2012

Kotak Hati


Berbaring renung kita ke bulan,
Lagu yang ku tulis, ku nyanyikan.
Lagu cinta tentang kita berdua,
Yang akan kita kenangi hingga tiba masa.”

*diam*

Takdir Tuhan, siapa tahu.
Tapi yang aku pasti,
mungkin saat itu takkan pernah tiba.

-AsaSiaga-


Thursday 11 October 2012

Kamu

Petang itu aku memerhatikan kamu,
Seperti selalu di majlis keramaian kegemaran engkau dan aku.
Senyummu menenangkan, tawamu menghiburkan,
Malahan gerak-gerimu sentiasa aku perhatikan.

Dari jauh engkau aku hampiri, dan begitulah cara aku acap kali,
Ketik ketik ketik ... Shutter berbunyi bertalu-talu,
Melalui lensa dan skrin kecil ini, segalanya tampak mudah.
Tiada canggung, tiada kekok dan tiada tebal di raut wajah.

Tanpa sedar beribu wajahmu di digitalkan untuk simpananku,
Dan ada antaranya membuatkan aku senyum sendirian.

Biarkan.. Biarkan aku begini kerna diri senang bersikap begini,
Kerna tahu diri tidak layak menandingi mereka itu,
Yang acap memburu dan sentiasa mendampingi dirimu.
Usah hirau tetapi izinkan aku terus memujamu dalam suasana kelam secara diam.

 -Yoba-

Monday 8 October 2012

Peduli

Puas sudah aku katakan padamu,
Berkali-kali juga aku hamburkan segala apa yang terdaya,
Segalanya demi bekalan sepanjang tempoh kini dan akan datang.

Aku mengerti engkau merasa ditekan,
Beranggapan diri tidak merdeka meskipun usia sudah mampu membuat keputusan.
Dan engkau katakan sanggahku tak ubah lagaknya bak pahlawan.
Sedangkan diri aku juga tidak pula suka menekan,
Akhirnya, kita sukar mencari titik persilangan untuk mencapai kesepakatan.

Namun begitu engkau perlu faham,
Dan mohon dengar sebaiknya kerna mungkin ini terakhir dariku.

Sini haluanku, sana adalah haluanmu.
Pergilah ke sana  dengan segala apa yang engkau rasa,
Bersama dengan apa yang engkau percaya,  yang boleh buat engkau bahagia.
Saat jejak itu diambil, aku sudah tidak mahu ambil tahu.

Andai apa yang aku katakan tadi sudah tidak mahu dihadam,
Tidak mahu pula didengar atau ditimbang-tara,
Atau sekurangnya terpalit sedikit di kotak minda dan jiwa...

Peduli! Peduli! Peduli!

Bukankah itu pilihan yang telah engkau putuskan?

-Yoba-

Sunday 7 October 2012

Adiksi


Dalam kondisi separa khayal bertemankan secangkir kopi dan sebatang sigaret, aku buka helaian ini dan cuba untuk menulis. Mereka kata dalam kondisi seperti ini, kau bisa menulis dengan sepenuh hati, dan ianya akan jadi sesuatu yang indah atau bodoh. Aku tidak tahu. Biarkan.

Kafein dan Sigaret. Keduanya mendatangkan adiksi tingkat paling atas untuk aku.

Nanti, ada sesuatu yang tidak cukup.



Ya. Adiksi aku yang ketiga, iaitu kamu.

-AsaSiaga-

Friday 5 October 2012

The Story Of Us



There was a time when I said I love you,
Through thick and thin, this I swear stays true,
I gave up the world just for a second to be with you,
Now I wish I didn't do that, because you never said "I love you too".

Gave up my dreams so you can haunt me every night.
Gave up my worldly possessions, as long as I have you, it's alright.
Gave up my best of friends, now different ways we are apart.
Just to give you my heart, and you tore it apart.

It's taking so long to mend the broken pieces.
It's hard when every little thing make me reminisce.
I wish I can stop asking the question of what ifs,
Baby steps I take, hoping someday I'll find my peace.

Such is my reality, series of sad irrationality.
Who would have thought that this love would be my finality?

Please release me from your hook I beg from you.
Stop giving me clues; I tend to have meanings misconstrued.
There's nothing left in me, I assure you.
All the best of me were destroyed by you.

Now that our love has ended,
My heart is yet to be mended.

There was a time when I said I love you
Through thick and thin, what I swore stayed true
Until you left me out of the blue
That's when I realize you've never, and won't ever love me too.

-Buck Futter-