Tentang

Sunday, 17 January 2016

Hispter Ke?

Hai lama sungguh tak menaip, kali ini izinkan aku bercerita dengan nada yang sama seperti tahun 2012 dulu. *gelak*


Semakin kita bergerak ke tahun yang baru, semakin ramai yang ingin menjadi hipster (dibaca;pelik). Hipotesis yang sesuai, manusia semakin pelik seiring dengan masa yang berlalu. Bukan ke jadi biasa biasa itu lebih bahagia? Kakaka.

Bagi aku cafe hipster tak menjanjikan rasa kopi yang sedap. Jadi baik saja dibahan oleh membe acah orang kaya minum starbucks atau hantu mcd tapi janji puas. Aku suka pada benda yang aku dah terbiasa. Aku benci dengan dengan benda baru tapi rasanya sampah. Membazir kot. Membazir amalan setan okay. Kakaka. Sama seperti manusia, mengenali manusia baru seringkali mendebarkan bagi aku. Apakah mereka menyeronokkan macam manusia yang sedia ada disamping aku sekarang? Atau mereka cuma orang baru yang datang menghadiahkan sebuah duka?

Hanya orang orang berani yang sanggup hadap risiko dalam masa yang sama mengejar rasa bahagia yang baru. Jika bernasib baik mereka mendapatkan rasa bahagia dan jika tidak mereka akan berduka dan bamgkit untuk terus mencari rasa yang baru.

Dan aku masih lagi manusia penakut yang sering kali berhenti di separuh jalan jika merasakan semua yang aku lakukan tidak berbaloi. Sungguh memalukan. Tahun 2016 dan masih ada manusia penakut dan lebih rela berada pada tahap yang sama. Forever alone. Kakaka



-HeroinSeven-

Monday, 13 January 2014

Ingatan Tulus Ikhlas.

Setiap hari tanpa kamu berdua aku semakin sepi. Iya, aku rindu. Gelak ketawa, bermasam muka, makan bersama dan join aktiviti yang kita suka. 

Peh peh jiwang beb jiwang. Taip backspace taip backpace dan aku kehilangan idea Kakaka. Aku takde niat pun nak tulis pape tadi aku bukak blog ni sebab rindu mereka je. Jadi aku tinggalkan sepotong ayat sebagai kenang kenangan dan ingatan bersama.

"Semua hal tetap sama, tapi kita telah berubah."



-HeroinSeven-

Sunday, 20 October 2013

Jodoh aku itu, kamu.

Saat sakan bergelak ketawa perihal jodoh dan mengenangkan nasib kami yang belum berpunya. Seorang kawan yang aku anggap seperti adik sendiri bertanya, jadi melihat kepada situasi awak sekarang, awak akan terus terima orang yang suka awak atau masih berharap dengan orang yang awak suka?

Diam. Aku tiada jawapan yang jelas untuk diberikan. Tapi yang aku tahu, ya aku masih berharap kau juga akan suka aku, macam mana aku selalu suka kau. Dan untuk kawan yang aku anggap adik, hanya senyuman nipis dan senget aku mampu berikan sebagai ganti jawapan bagi soalan itu.


Kerana sampai ke hari ini aku masih lagi percaya, jodoh aku itu, kamu.




-HeroinSeven-

Sunday, 13 October 2013

Keluarga.

Semua perkara yang berkaitan dengan keluarga, boleh dikatakan adalah rasa bahagia dan gembira. Walau kadang ada rasa sebal menyapa atau dimarah tidak semena. Tapi hakikatnya jika dihitung pakai formula matematik atau apa saja, masih juga jawapannya keluarga sama dengan bahagia. Terima kasih Tuhan untuk pinjaman paling berharga.

-HeroinSeven-

Tuesday, 1 October 2013

Rahsia

Dulu kita selalu berkongsi cerita tapi sekarang aku rasa kau semakin berahsia. Untuk hampir semua perkara aku tahu dari orang lain dan bukan lagi dari kau sendiri. Aku sudah tidak boleh dipercaya ya? Mungkin.

Dan itu betul betul melukakan hati aku.


-HeroinSeven-


Sunday, 29 September 2013

Jatuh Cinta

Jatuh cinta itu indah ya?
Walaupun sudah jatuh untuk kali ke berapa.
Masih manis seperti kali pertama.

Awak, saya sedang jatuh cinta.
Sila kekal disisi dan kita kongsi bahagia bersama.


-HeroinSeven-

Friday, 27 September 2013

Takdir.

Kau rasa aku sesuai dengan orang yang macam mana?

Entah, sebab kau ni macam macam. Aku sorang je yang tahan dengan kau.

Kalau kau tahu rasa aku saat itu apa. Kalau.

Dan aku masih terus bertanya, 'adakah nanti takdir akan tersenyum kepada kita berdua?'



-HeroinSeven-