Tentang

Friday, 16 November 2012

Bahagia


Kamu sedang bahagia, jadi kamu bicara tentang itu tentang ini. Angkuh? Siapa aku untuk kata apa-apa? Selayaknya kamu angkuh. Kamu sedang bahagia, bukan? Tapi demi Tuhan, jika-jika esok atau lusa kamu sudah tidak lagi bahagia, aku akan duduk di sisi kamu dan aku berjanji aku tidak akan tuturkan apa-apa.

Aku cuma mahu senyum sinis tepat depan muka kamu, bangsat.

-AsaSiaga-

15 comments:

MalizaMah said...

hooo berbisa....

Iman Nur Aima said...

bersederhana. bahagia sederhana, sedih sederhana, cinta sederhana, benci pun sederhana :)

monologmalamhari said...

manusia sering kali angkuh bila berada diatas.

Noura Fatiha said...

biar bahagia jangan sahabat dilupa . tapi kalau bahagia sahabat tolak tepi aku suka ayat tuh . 'bangsat' .

Penglipur Insomnia said...

Ya, aku akan duduk bersebelah. macam kau buat dulu. :)


Anaknda Bertuah said...

Senyum-senyum selalu....Bahagia atau derita....

Nong Andy said...

aku mahu tumpang bahagia untuk kamu...

tapi gimana kalau bahagia mu itu atas airmataku?

puteri jalanan a.k.a annur said...

aku suka rasa itu wahai Asa Siaga...ia adalah luahan jiwa kamu...setiap luahan jiwa itu wajar didengari sebagai satu terapi...marahlah jika kau suka...luahkan disini tidak mengapa...kami semua sudi menjadi pendengar yang setia...

hnahdy said...

pedihnya...

ewanthology said...

waktu senang di lupa lupakan

Gillette Flores said...

Biasalah tu.
Hati manusia.
Jangan fikirkan sangat.
Mari sini kita luangkan masa sama2, aku ajar kau martial art capoeira sampai kau lupakan dia.
Haha!

Felly Sophia said...

Terus tenang dan tunggu masanya.



Anonymous said...

bahagia derita seseorang itu terletak pada diri masing-masing. bila bahagia derita itu sudah tidak didengari, lepaskan tanpa dendam dihati.

Aing said...

janji?

Fadhlan Roslan said...

sinis biar tajam. padan muka dia. kih kih