Tentang

Monday, 8 April 2013

Selingkuh


"Muka kamu, nampak lain,"

Apa yang lain?

"Seperti, dirasuk."

Kamu mahu bilang muka aku seperti setan, ya? *gelak*

"Sedikit, aku kira. Aku tak pernah sangka yang ianya bisa jadi..seteruk begini,"

Demi Tuhan. Demi hanya Tuhan yang tahu bagaimana sakitnya.

***

"Kamu masih sayangkan dia, bukan?"

Aku terhenti. Pili air masih lagi terbuka. Air mula membanjiri sinki dan menenggelamkan pinggan mangkuk yang tersisa makanan. Soalan yang diajukan itu sedikit sukar untuk aku jawab. Apa sekarang aku sudah tidak punya pilihan? Hendak dijawab, aku perlu menjaga hati gadis ini. Hendak dibiarkan, pasti soalan berganti soalan akan terus menujah aku. Hendak ditipu, ah, ini hanya akan menyakitkan hati semua pula.

Pili air aku tutup, kemas. Nafas aku hela panjang. Pandangan aku segera lemparkan pada gadis itu, yang setia dari tadi duduk di atas tepi sinki. Dia diam, masih menantikan jawapan aku. Tapi riak mukanya, nakal. Seakan sengaja mahu mengenakan aku dengan soalannya. "Tolong aku, ambilkan kain. Di sebelah kamu tu,"

Pinggan mangkuk yang sempat dibersihkan, aku lap satu persatu. Kerja rumah, memang biasa diuruskan dia, tetapi kerja dapur selalunya aku yang selesaikan. Leceh, katanya. Aku ikutkan saja. Buat apa mahu telagah? Jika dia mahu uruskan seluruh bagian rumah, dan kenapanya aku mahu berkira jika perlu uruskan satu bagian dapur sahaja? Lelaki, harus kadang-kadang menyingkir rasa 'jantan' dan masuk dapur juga barangkalinya. Haha!

"Apa aku masih sayang dia atau tidak, itu tidak pernah jadi soal. Aku kira, tak penting apa lagi kan? Sekarang, aku bersama kamu. Bukan bersama dia." jawab aku, sambil menyusun pinggan di rak. Dia masih lagi duduk di atas tepi sinki, dan memandang aku. Sedikit mencebik. Aku tahu, dia mahu jawapannya malam ini juga, dan jawapan aku tidak cukup menyakinkan.

"Aku mahu hati kamu,"

Aku tergamam. Jarang benar dia bicara begini. Aku tahu walau dalam tenang, dia sudah capai batasan. Aku harus hati-hati dengan setiap patah yang aku berikan. Paling tidak pun, dia masih antara kesayangan aku. Dan...

"Hati kamu masih ada pada dia, kan?"

Belum sempat aku jawab, soalan lain pula yang muncul. Sudahnya aku mahu menjawab soalan yang mana satu dulu? Aku menghampiri perlahan, dan berdiri rapat di hadapannya. Muka aku benar-benar berhadapan dengan pelipisnya. Dia senyum, masih nakal, dan segera membuka luas kakinya. Kedua kakinya aku capai, dan letakkan keduanya merangkul pinggang aku. Tangan aku letakkan di pinggangnya, rapi. Kemas. Dalam dekatan ini, aku mampu mencium haruman badannya. Segar dan erotis.

"Kamu cemburu, ya?" tanya aku, cuba mengagak. Dia memeluk rapat leher aku dan membisik, "Beritahu aku, sayang. Apa bedanya aku dengan dia?" Nah, ceritanya mudah. Jika kau gagal jawab soalan yang diaju, kau akan diaju lagi dengan soalan lain. Kacau!

Aku perhati rona matanya tajam-tajam, tiada tanda cemburu. Mungkin juga aku bukan jenis yang pandai sangat meneka-neka, atau dia yang bijak menyembunyikan. Yang aku tahu, aku hanyut dan tenggelam dalam keredupan matanya. Asyik. 

Tiada kata putus. Harus langsung aja. "Ya, hati aku ada pada dia. Separuh. Bukan, seluruhnya. Seluruhnya hati aku ada pada dia. Tapi sudah aku katakan, tiada apa yang menjadi soal. Bedanya kamu dengan dia, dia tidak pernah ada bersama aku di saat aku sangat butuhkan seseorang. Kamu yang mahu terus tinggal dengan aku, bukannya dia. Kamu sempurna. Kamu mengisi kesemua kekosongan yang dia telah tinggalkan,"

Dia tersenyum manja dan memeluk aku dengan lebih rapat. "Ayuh, miliki aku," ujarnya separuh berbisik. Aku membalas pelukan sebelum tirai dapur aku tutupkan rapat. Aku tidak pasti sama ada dia sudah berpuas hati dengan jawapan aku, atau esok pagi aku akan diajukan soalan yang sama.

Yang aku pasti, malam ini harus aku sempurnakan.

-AsaSiaga-

9 comments:

AdinataGus said...

Rancak irama hidupnya.

monologmalamhari said...

wahhh .. seakan boleh dibayangkan .

Penglipur Insomnia said...

Asasiaga !
lama tak bertegur :)

aku membaca berulangkali ini. hehe mau mencari punca dimana aku boleh meneka ini cerita benar atau rekaan atau tokok tambah. bagaimanapun, berjaya lah aku membayangkannya sampai habis ; selepasnya pun :)

tahniah, teruskan - andika

Nong Andy said...

"ayuh miliki aku"


wah..... :)

Iman Nur Aima said...

cisss!....hampagas..asa siaga buat aku ter-berangan!

ewanthology said...

fuhhhh....18SX

Camy Alya said...

wow

Unknown said...

Dia mahu hati kamu.Bukan tamak, cuma rasa lebih berhak. mungkin? *senyum*

CikTeddyCorner said...

dia mahu kamu seluruhnya..kesian dia.kenapa kamu dengan dia sedang hati pada yang lain?apa kamu mahu dari dia?