Tentang

Monday 19 August 2013

Kalah.

Bagaimana cara untuk aku bagitau kau yang sebenarnya aku suka kan kau. Payah mengungkap kata. Penat menyimpan rasa. Dan mungkin bila aku luahkan aku akan kehilangan kau yang tak pernah pun aku miliki.*gelak* Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan aku pilih untuk menjadi orang yang kalah. Belum sampai masa, belum sampai masa aku.

Semoganya rasa yang mengganggu hati ini pergi setelah hari berganti. Aku menyerah kalah, kerana aku yakin sekarang kau sedang bahagia. Terus gembira, kawan. Ah lebih tepat pencuri hati aku. Kakaka.

Aku mengaku kalah bukan kerana aku tidak berani tapi kerana aku terlalu mencintai.

-HeroinSeven-

8 comments:

hana hadi said...

erm...suka dia dalam diam je lah kan.. xterluah la.. lagipun nanti bertepik sebelah tangan..rasanya lagi sedih kot..

reenapple said...

lebih baik diluahkan sahaja kalau kalau dia juga perasaan yang sama dengan kau. Kau lelaki, lelaki sepatutnya take action first. Mungkin dia juga sedang menanti perkara yang sebenar dari kau. Belum cuba belum tahu. :)

reenapple said...

Errr... atau kau perempuan? :3

Heartbeat said...

aku nak komen serius tak jadi bila nampak komen reen . kah kah kah

Anonymous said...

Hana : bila sudah kalah, suka dalam diam pun sudah tidak perlu. Cuba buang sepenuhnya. :)

Reen : sekarang lelaki atau perempuan tak kisah untuk siapa meluahkan dulu. Perempuan pun sudah berani meluahkan kalau dia btl2 mahu dan yakin tentang semua risiko. Jadi aku lelaki atau perempuan tdk menjadi masalah, cumanya aku belum mahu atau memang tdk mahu. :)

Heartbeat : serius atau tak terpulang pada kau saja. Aku tak mengharapkan ap apa, iya enggak komen pun tidak masalah. :)


HeroinSeven

Nong Andy said...

Ada sebabnya kenapa ko tak terbuka pintu hati nak luahkan..

Mungkin bukan jodoh ko kot?

Entah.. tapi suatu masa dulu aku pernah pendamkan rasa.. dan entah kenapa ia hilang dgn sendirinya.. lambat laun aku senyum sendiri dan berkata.. aku tak pernah luahkannya.. mungkin sebab mungkin aku memang xde jodoh dgnnya..

Ah.. itu cuma teori ku semata.

reenapple said...

Aku setuju dengan Nong.! hehe

Anonymous said...

Nong : iya, mungkin btl teori kau. Bila melibatkan perasaan kita akan berfikir panjang selain mengeluh dan berdoa. Sebagai manusia apa lg kita boleh buat. Haha. Aku jugak berharap perasaan ini akan hilang sendiri jika dia bkn jodoh aku. :)