Tentang

Sunday 20 October 2013

Jodoh aku itu, kamu.

Saat sakan bergelak ketawa perihal jodoh dan mengenangkan nasib kami yang belum berpunya. Seorang kawan yang aku anggap seperti adik sendiri bertanya, jadi melihat kepada situasi awak sekarang, awak akan terus terima orang yang suka awak atau masih berharap dengan orang yang awak suka?

Diam. Aku tiada jawapan yang jelas untuk diberikan. Tapi yang aku tahu, ya aku masih berharap kau juga akan suka aku, macam mana aku selalu suka kau. Dan untuk kawan yang aku anggap adik, hanya senyuman nipis dan senget aku mampu berikan sebagai ganti jawapan bagi soalan itu.


Kerana sampai ke hari ini aku masih lagi percaya, jodoh aku itu, kamu.




-HeroinSeven-

5 comments:

reenapple said...

Harap itu benar. Dia itu jodoh kamu.

Anonymous said...

Moga jodoh kamu di segerakan..
Maka teka teki ini akan buat kau tersenyum
Nantinya...



Nong andy

ewanthology said...

cintai dia yg mencintaimu - cinta,melly goeslow/kris dayanti

Pembunuh Tanpa Byang said...

dan aku telah melakukan kesilapan itu saat aku rasa "dia" jodoh aku tapi akhirnya aku memilih yang lain yang aku sendiri tak pasti di mana harus aku letakkan "dia" .

Miss Whitelighter said...

sudahnya kau dah kawen ke belum dil? hahaha. Relaks lah. banyak lagi benda kita boleh gapai selain jodoh ni.