Entah apa rasanya jika jatuh cinta.
Adakah ianya akan buat dadamu lapang seluas langit? Atau ianya seperti angin yang kau tak pernah lihat, tapi kau dapat rasa nyaman ketika disapa? Atau.. ya, mungkin rasanya manis seperti gula kapas yang lembut dan mencair sendiri? Aku fikir mungkin seperti pelangi yang indah cuma hadir selepas hujan ribut? Mungkin juga ianya seperti ada rama-rama yang terbang berselerakan di dalam perut.
Entah apa rasanya jika jatuh cinta.
Mungkin ianya hanya untuk si pemilik hati.
-AsaSiaga-
17 comments:
kalau untuk aku,
cinta membuatkan aku lebih menjaga diri.
cinta membuatkan aku mampu tidur awal.
tanpa cinta, aku mula menjadi kuntilanak berjaga malam.
seperti sekarang.
haha
saat jatuh cinta buat aku rasa macam mahu demam... haha
Aku sudah lama lupa bagaimana jatuh cinta. :)
Tapi seingat aku, perasaan itu indah sekali hati tak disakiti.
Aku rasa aku jatuh cinta pada kau. Pada penulisan kau yang benarnya :)
jatuh cinta aku hanya ilusi :(
salam buatmu,
entahla Asa Siaga,cinta itu manis dan pahit datang sekali...kerana kau beri harapan tinggi,maka bila kau jatuh kau jadi sakit sekali...
dan juga bila kau dikecewakan oleh seseorang yg kau sangat cintai,kau hilang kepercayaan pada cinta sejati,akibatnya cinta itu jadi permainan sahaja...tidak meresap kehati,bila ia hadir dihadapan pintu hati,kehadirannya diejek sesuka kerana bagimu ia tiada erti...
bagi aku jatuh cinta menempah rasa untuk sakit . jadi berhati-hati :)
farra fajima, serasanya begitu mungkin. *senyum*
Nong Andy, parah!
Gillette Flores, indah ya? Seperti yang aku fikirkan juga. Apa benar? Jadi harus aku tulis lebih baik. Terima kasih.
Iman Nur Aima, ilusi kadang baik juga.
Tuan puteri, sembari kita nikmati yang manis, yang pahit juga kita harus terima ya? Sebagai pelengkap. Kerna kadang satu tambah satu, jawaban masih satu.
Mizz flovewish, kalau itu taruhannya, jadi haruslah.
-AsaSiaga-
Kena jatuh cinta dulu, baru tahu
nak bercinta dah ke? hehe
mungkin jatuh cinta itu sama rasanya seperti aku membaca n3 ini..
menarik dan tertarik.. lalu tersenyum :)
-Nico Robin-
benda rasa kat dalam hati.takmampu diluah pakai illustrasi.semuanya cuma boleh pakai hati sendiri
Kita tak tahu detik bila kita jatuh cinta. Dan kita tak pernah sedar.
Ia datang tiba-tiba dan aksara tak mampu untuk mendefinisikannya. :)
cinta itu, bila sudah hilang manisnya, pahit untuk ditelan.
cinta itu abstrak aku rasa.
cinta itu abstrak aku rasa.
Post a Comment