Tika diri pada garis santai dan senang di waktu tengahari , dia dihujani soalan oleh seseorang;
“Kau suka dengan dia tak?”
Terkejut dan diam.
Dalam kewarasan paling atas juga disadur emosi tenang, jawaban pada persoalan tadi berikan;
“Iya, aku sukakan dia.”
Jujur.
“Tapi kenapa tak terus terang sahaja pada dia?”
Senyum. Jawaban diberi lagi;
“Bukankah berterus terang itu menuju suatu pengharapan? Sedang bila mana sedar diri ini sudah lanjut usia, terumbang-ambing dan masih lagi sesat di kota bergelora yang cuba untuk berdiri tempang kalau tidak pun tegak. Tidakkah kejam masa dibazir, wang ditabur dan jiwa dicurah pada orang yang salah (ia ini diri aku) dan pengakhirannya, entah tiada apa ketahuan? Jadi, masih sanggup dan berani lagikah aku untuk menyuruhnya memberi dan membina komitmen itu?”
Senyap.
“Tapi sikapmu seolah memberinya harapan.”
Memandang jauh. Dibiar tidak berbalas kerna jawaban untuk itu disimpan kemas di dalam hati.
-Yoba-
5 comments:
siapalah kita untuk mengukur harga sebuah bahagia...
dunia ini akan terus begitu..
bagai lautan yang selalu bergelora..
mahu bahagia atau tidak?
pilihan itu milik kita..
-Nico Robin-
adakala komitmen mengajar kita sesuatu yg tidak dapat kita pelajari ketika kita bersendiri...melihat senyuman orang tersayang,jiwa terangkat utk lebih berusaha...:)
bersabar lah. pasti kau temui jawapan lain
Soal hati dan harapan.
Berbeza fikiran, berbeza cara hati menerima sesuatu dan memberi sesuatu yakni seperti menerima harapan mahupun memberi harapan.
tahan. senyum.
Post a Comment