Tentang

Friday, 29 March 2013

Beritahu Aku.


Pada awalnya, aku sudah tiada hati untuk menulis. Dan sebenarnya sehingga sekarang juga. Aku mulai sadar yang apa saja aku tulis, ianya akan bergulir tentang kamu. Jadi, baik untuk aku jika tidak menuliskan apa-apa.

Tapi, walau bagaimana aku coba, aku tetap saja tidak dapat menipu diri sendiri. Ya, boleh jika aku 'cari' kamu dan luahkan; tapi apa hak yang aku punya? Aku masih bukan siapa-siapa. Jadi, biarlah ianya ditulis di sini.

Aku tidak pernah kenal kamu. Dan di saat kamu 'hampiri' aku, kamu bawa sekali semua rasa untuk aku terlalu ingin kenali kamu. Ianya berhasil. Aku separuh gila untuk kenali kamu siapa. *gelak*

Semuanya bermula dengan sangat sempurna. Lancar. Melebihi sempurna, aku bisa kata. Bicara kita tentang kamu, tentang aku, soal keinginan kamu, semuanya. Satu persatu, aku ungkaikan diri aku kepada kamu. Semua rahasia-nya kerna tiada rahasia untuk aku sorokkan daripada kamu. 

Kamu, buat aku percaya yang kamu adalah lain. Kamu, adalah yang aku cari selama ini.

Dan kamu bicara soal jodoh. Ianya buat aku jatuh. Seluruhnya. *senyum*

Jatuh.

Aku lupa perihal hati sendiri yang aku jaga kemas selama ini. Demi Tuhan, aku jatuh kepada kamu.

Sometimes, when you less expect it, love happens.

Kamu sudah mula menjadi bunga hati aku, tanpa aku sadar saat ianya tumbuh mekar, akarnya mencengkam jauh, kukuh tanpa peduli sakit.

Ada ketika aku terjaga dari tidur, dan terfikirkan kamu sepanjang malam.

Maaf, jika aku tidak seperti yang kamu harapkan pada mulanya. 

Cuma, beritahu aku sesuatu.

Bagaimana untuk aku pandangkan indah purnama dengan rasa yang sama, selepas ini?

Beritahu aku.

Kerna walau bagaimana aku pandang, ianya sudah tidak seindah dulu.

Aneh.

-AsaSiaga-

7 comments:

AdinataGus said...

biar dijaga kamu dengan baik.

Felly Sophia said...

Ia datang tanpa dipaksa, pergi tanpa rela.

Nong Andy said...

itu fasa yg indah untuk di lalui :)

jatuh.. ya.. terjatuh...

Noura Fatiha said...

fel betul . dia datang tanpa diundang pergi tanpa sempat dihalang . :')

puteri jalanan a.k.a annur said...

sejujurnya penulisan kamu mengingatkan aku kepada seseorang yg aku sudah tak mahu ingati lagi...ternyata penulisan kamu menghidupkan kembali memori2 yg sakit itu...tapi sebenarnya setiap kali aku teringat itu,aku tutupkan mata sebentar,dan cuba menjadi rasional...aku tetap perlu teruskan hidup,dan aku tidak boleh terus hidup dalam bayangan dia setiap hari...dan kerana itu,aku perlu lawan rasa itu walaupun sebenarnya ia sangat sakit...

Anonymous said...

Kau buat aku takut.
Aku baru jumpa seorg lelaki yg lain dari lelaki2 yg pernah aku kenali.
Kami sdg bercinta kini.

Aku takut kiranya aku tersalah org dan akhirnya nnt dia juga sama juga spt jantan keparat yg lain.
Jantan yg sesuka hati pakai dan buang aku dari hidupnya.
Aku takut sgt2 :'(

-farra fajima-

Falling . said...

ia tidak indah lagi . . .