Jauh-jauh pungguk merindu,
Berteman sunyi menanggung rindu.
Lihat bulan asyik menunggu,
Tiada kuasa ingin bertamu.
Tinggi-tinggi bulan berlagu,
Lihat pungguk menatap sayu.
Jika sayang jika kan mahu,
Mengapa tidak terbang bertemu.
Mengapa takdir seakan cemburu,
Melihat dua saling menyatu.
Mengapa jodoh jadi seteru,
Mungkin waktu tinggal penentu.
Hati meremuk, hati merindu.
Hati menjauh, hati kan jemu.
-AsaSiaga-
7 comments:
wah, pantun.
jangan dikenang masa lalu,
kelak sakit jiwa merana,
jika ingin bahagia selalu,
jgn lupa berdoa minta inshaAllah dia dengar permintaan kita.
;)
knp aku baca nie mcm ade irama dan lagu ehh ??
apa yg kita bicara hari-2 pasti ttg hati kan..
deep
kepuk kepak kepuk kepak
mcm lirik lagu noraniza idris aku baca! haha
Kalau air sukar di telan
Mungkin saja kerana kamu
Kalau pungguk rindukan bulan
Aku pula rindukan kamu
Post a Comment