Ada yang kata,
Bila kita teringatkan seseorang yang kita suka, jantung kita akan berdetak lebih laju. Lebih kencang. Mungkin kerna, si dia membuatkan kita resah, atau gembira, atau perasaannya melonjak, atau apa saja. *gelak* Entah. Aku tidak tahu. Aku tidak merasakan itu.
Yang aku pasti,
bila teringatkan kamu.
Hati aku terasa tenang. Dan tersenyum sendirian.
Mungkin kerna separuh hati aku ada pada kamu.
Atau, seluruhnya.
Ya. Seluruhnya pada kamu,
si Bunga Hati.
-AsaSiaga-
18 comments:
seronoknya tengok orang yang sedang madly in love ni. hahaha :p
Tentunya senyum sendiri.. dan ada rasa manis mengembang dlm senyuman itu...
Rasa seperti itu tentulah untuk seseorang yg di kasihi sepenuh hati...
Dah sepenuh hati ye? xde yg tersisa. Moga kamu berbahagia. Hee
kamu berkongsi hati.baiknya..
wahhh,ni yg buat annur rasa nak nyanyi lagu kenduri kawin ni,oh apakah???haha
wah manis betul :)
amboui amboui amboui. jangan lupa kirimkan kad undangan
nikmati sebahagianya :)
apa yang kau rasa , aku tengah rasa saat ini .. sungguh .. rasa tenang sangat ..:)
*senyum pahit
saya pernah rasa macam tu apabila berhadapan dgn seorang gadis dulu.... tapi dia bukan isteri saya yang sekarang.
kita rasa berdebar kencang kerana si dia seakan akan gadis yg kita inginkan... tapi selalunya dia bukan milik kita.
Mungkin perasaan resah, gemuruh, gembira dan tenang bercampur sekali. Itu yang membuat kita tersenyum. :)
pengubat stress pun boleh :)
awwww.. hahaha
Semoga berbahagia kawan :D
*sama*
Rasa seperti itu masih ada.. walau cuma tinggal sisa.. yg aku kutip dari kenangan masa lalu. Mengalinya semula dan menikmati manis rasa.. yah. Rasa yg cukup pekat lagi hebat...
Sayang sekali ia cuma tinggal rasa.. dan tidak ke mana-mana... tertinggal cuma di sudut memori.
:)
Post a Comment