Menafsirkan gelap sunyi beku yang menggigit itu rumit.
Ianya kecamuk dengan rasa yang meruah dan mahu diisi ke dalam jiwa yang kosong.
Sayang.
Harus perlahan. Harus dikit-dikit.
Takut nanti rosak. Takut nanti hancur.
Tapi jika perlahan,
Tapi jika dikit-dikit,
Takut akan terlepaskan.
Sepertinya selalu. Sepertinya. Selalu. Jadi bagaimana?
Pulang.
Kerna semuanya masih tentang malam yang paling rindu.
-AsaSiaga-
7 comments:
Perlahan-lahan untuk cuba. Jangan gopoh.
yea, segalanya harus . .
harus perlahan2 . . harus berdikit2 .
bagai menarik rambut dalam tepung . rambut tak putus, tepung tak berselerak *senyum
kena belajar untuk sabar .. :)
asasiaga selalu buat aku manis manis tersenyum dengan puisinya.
Kecamuk..
Itu aku..
Keliru..
Itu juga aku..
Bila baca malam yg paling di rindu.
Haha..
tersepit di tengah2 dan akhirnya terkapai-kapai..
sendiri.
punah.
rindu adalah perasaan yg paling jahanam. percayalah.
Post a Comment