Tentang

Thursday, 6 December 2012

Puisi Untuk Kamu

Aku mahu tuliskan tentang sesuatu, tapi biarlah dulu.
Cuma belakangan ini, aku asyik teringatkan kamu. Aku tidak tahu entah apa dia, tapi ianya soal aku, soal kamu, dan soal kita. Tentang keberadaan kamu dan mungkin juga tentang ketidakberadaan aku untuk setiap langkau. Boleh jadi ianya momen ketika kita sama-sama bercanda di tengah riuh kota, atau ketika malam dingin kita habiskan masa menonton filem kegemaran, atau mungkin juga ketika kita sama-sama berkongsi puisi dan sajak kegemaran kita.
Ada aku fikir yang kalau rasa ini boleh berbagi, adakah kamu akan memilih untuk berkongsikn rasa yang sama, atau hanya biar aku sa-orang merasainya sendiri sehingga mual (walau ianya adalah hampir tidak mungkin) dan terus tertinggalkan oleh waktu.
Dan ketika aku habiskan waktu membaca, aku terjumpakan satu puisi yang aku harap kamu ada dengan aku, untuk kita sama berkongsi dan memaknakan setiap aksara berteman lampu malap, seperti kebiasaannya.

Ini, untuk kamu.
 
Ada orang yang menghabiskan waktunya berziarah ke Mekah.
Ada orang yang menghabiskan waktunya berjudi di Miraza.
 
Tapi aku ingin menghabiskan waktuku di sisimu, sayangku.
Bicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucu.
Atau tentang bunga-bunga yang manis di lembah mendala wangi.

Ada serdadu-serdadu Amerika yang mati kena bom di Danang.
Ada bayi-bayi yang mati lapar di Biafra.

Tapi aku ingin mati di sisimu, manisku.
Setelah kita bosan hidup dan terus bertanya-tanya.
Tentang tujuan hidup yang tak satu setan pun tahu.

Mari sini sayangku.
Kalian yang pernah mesra, yang pernah baik dan simpati padaku.
Tegaklah ke langit luas atau awan yang mendung.
Kita tak pernah menanamkan apa-apa, kita tak'kan pernah kehilangan apa-apa.
 
-Mencari Makna, m/s 341
 Soe Hok Gie; Catatan Seorang Demonstran.
 

-AsaSiaga-
 

17 comments:

Wadi AR said...

dah datang ni

Gillette Flores said...

Aku tahu ini untuk gadis yang menawan hatimu.
Namun, nukilan ini membuatkan aku mahu meluangkan sedikit masa menggantikan dia.
Tak patut aku rasa begitu bukan AsaSiaga? :)

monologmalamhari said...

Rasa yang sedang aku rasa...

Skull Writers said...

dem gud. bukan lengok bahasa atau nahunya yang aku puji, tetapi intipati yang cuba kau sampaikan dalam satu nafas cerita.

gahnya aku rasa, kalau puisi itu terarah kepada sesuatu yang paling tinggi posisinya.

salam kenal sahabat.

[pisang kaki]

Fadhlan Roslan said...

salam kenal skull writers. aku pun mahu bersetuju dengan kau. dan rasa aku, puisi ini betul indah. kena. tahniah asasiaga.

hnahdy said...

bestnya entry ni

Felly Sophia said...

AsaSiaga, izinkan aku terus bercinta dengan puisi itu dan membayangkan aku bersama jejaka kegemaran aku.

*Senyum*

Anonymous said...

AsaSiaga, aku datang.

Anonymous said...

Wadi AR, selamat datang!

Gillete Flores, komentar kamu buat aku tertunduk. *senyum* terima kasih daripada aku.

Aleeya Maisara, benar? Jadi kau lebih faham. *senyum*

Felly Sophia, silakan dan ambil seluruh waktumu.

Konfrontasi Lara, ayoh!

-AsaSiaga-
Skull Writers pisang kaki, penceritaan itu harusnya jujur kan? Salam kenal juga.

Fadh, antara puisi kegemaran aku.

Hnahdy, terima kasih. *senyum*

Mia said...

*salin puisi nih, tampal kat atas katil sambil baca dan senyum sorang2. kahkahkah*

Anonymous said...

Ah jadi kacau susunan komentar tadi. Biarkan.

Hi Nissa Jefry. Silakan. *senyum*

puteri jalanan a.k.a annur said...

serius best...tak tipu...

iKhRam said...

semoga pengakhiran cerita yg baik-baik seperti yang diharapkan..

aku percaya
kalau lah cerpen ini dihantar..
sedikit sebanyak kau berjaya membuatkan si gadis yang kau cita-citakan ini berfikir dua kali..

cubalah...

mana tau, ini adalah langkah pertama menyusuri impian.

Nong Andy said...

aku beberapa kali lepak di hutan hujan.. dan mendapati sesuatu..

AsaSiaga..

aku sudah terka kau siapa :D

Anonymous said...

Tuan puteri, benar? Ianya memang untuk kongsikan. *senyum*


IKhRam, pengakhirannya sudah lama tertulis dulu. *senyum* tidaklah, sekadar conteng2, bukan untuk dihantar mana2. Terima kasih juga.

Nong Andy, kadang hutan jumpa mampu menipu. Jangan mudah percaya. P/s aku asyik menunggu orang kata begitu, kenal aku.

farra fajima said...

andai puisi itu untuk aku, pastilah aku gadis paling bahagia.

:')

puteri jalanan a.k.a annur said...

kadang puisi buat kita berbaring dan meneliti setiap bait kata2 pemuisi sehingga kepagi pun tak mengapa...itulah penangannya wahai Asa Siaga...:)