Aku mahu tuliskan tentang sesuatu, tapi biarlah dulu.
Cuma belakangan ini, aku asyik teringatkan kamu. Aku tidak
tahu entah apa dia, tapi ianya soal aku, soal kamu, dan soal kita. Tentang
keberadaan kamu dan mungkin juga tentang ketidakberadaan aku untuk setiap
langkau. Boleh jadi ianya momen ketika kita sama-sama bercanda di tengah riuh
kota, atau ketika malam dingin kita habiskan masa menonton filem kegemaran,
atau mungkin juga ketika kita sama-sama berkongsi puisi dan sajak kegemaran
kita.
Ada aku fikir yang kalau rasa ini boleh berbagi, adakah kamu
akan memilih untuk berkongsikn rasa yang sama, atau hanya biar aku sa-orang
merasainya sendiri sehingga mual (walau ianya adalah hampir tidak mungkin) dan terus tertinggalkan oleh waktu.
Dan ketika aku habiskan waktu membaca, aku terjumpakan satu
puisi yang aku harap kamu ada dengan aku, untuk kita sama berkongsi dan
memaknakan setiap aksara berteman lampu malap, seperti kebiasaannya.
Ini, untuk kamu.
Ada orang yang menghabiskan waktunya berziarah ke Mekah.
Ada orang yang menghabiskan waktunya berjudi di Miraza.
Tapi aku ingin menghabiskan waktuku di sisimu, sayangku.
Bicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucu.
Atau tentang bunga-bunga yang manis di lembah mendala wangi.
Ada serdadu-serdadu Amerika yang mati kena bom di Danang.
Ada bayi-bayi yang mati lapar di Biafra.
Tapi aku ingin mati di sisimu, manisku.
Setelah kita bosan hidup dan terus bertanya-tanya.
Tentang tujuan hidup yang tak satu setan pun tahu.
Mari sini sayangku.
Kalian yang pernah mesra, yang pernah baik dan simpati padaku.
Tegaklah ke langit luas atau awan yang mendung.
Kita tak pernah menanamkan apa-apa, kita tak'kan pernah kehilangan apa-apa.
-Mencari Makna, m/s 341
Soe Hok Gie; Catatan Seorang Demonstran.
-AsaSiaga-
17 comments:
dah datang ni
Aku tahu ini untuk gadis yang menawan hatimu.
Namun, nukilan ini membuatkan aku mahu meluangkan sedikit masa menggantikan dia.
Tak patut aku rasa begitu bukan AsaSiaga? :)
Rasa yang sedang aku rasa...
dem gud. bukan lengok bahasa atau nahunya yang aku puji, tetapi intipati yang cuba kau sampaikan dalam satu nafas cerita.
gahnya aku rasa, kalau puisi itu terarah kepada sesuatu yang paling tinggi posisinya.
salam kenal sahabat.
[pisang kaki]
salam kenal skull writers. aku pun mahu bersetuju dengan kau. dan rasa aku, puisi ini betul indah. kena. tahniah asasiaga.
bestnya entry ni
AsaSiaga, izinkan aku terus bercinta dengan puisi itu dan membayangkan aku bersama jejaka kegemaran aku.
*Senyum*
AsaSiaga, aku datang.
Wadi AR, selamat datang!
Gillete Flores, komentar kamu buat aku tertunduk. *senyum* terima kasih daripada aku.
Aleeya Maisara, benar? Jadi kau lebih faham. *senyum*
Felly Sophia, silakan dan ambil seluruh waktumu.
Konfrontasi Lara, ayoh!
-AsaSiaga-
Skull Writers pisang kaki, penceritaan itu harusnya jujur kan? Salam kenal juga.
Fadh, antara puisi kegemaran aku.
Hnahdy, terima kasih. *senyum*
*salin puisi nih, tampal kat atas katil sambil baca dan senyum sorang2. kahkahkah*
Ah jadi kacau susunan komentar tadi. Biarkan.
Hi Nissa Jefry. Silakan. *senyum*
serius best...tak tipu...
semoga pengakhiran cerita yg baik-baik seperti yang diharapkan..
aku percaya
kalau lah cerpen ini dihantar..
sedikit sebanyak kau berjaya membuatkan si gadis yang kau cita-citakan ini berfikir dua kali..
cubalah...
mana tau, ini adalah langkah pertama menyusuri impian.
aku beberapa kali lepak di hutan hujan.. dan mendapati sesuatu..
AsaSiaga..
aku sudah terka kau siapa :D
Tuan puteri, benar? Ianya memang untuk kongsikan. *senyum*
IKhRam, pengakhirannya sudah lama tertulis dulu. *senyum* tidaklah, sekadar conteng2, bukan untuk dihantar mana2. Terima kasih juga.
Nong Andy, kadang hutan jumpa mampu menipu. Jangan mudah percaya. P/s aku asyik menunggu orang kata begitu, kenal aku.
andai puisi itu untuk aku, pastilah aku gadis paling bahagia.
:')
kadang puisi buat kita berbaring dan meneliti setiap bait kata2 pemuisi sehingga kepagi pun tak mengapa...itulah penangannya wahai Asa Siaga...:)
Post a Comment