Tentang

Tuesday 15 January 2013

Amir Hamzah


Jika aku bisa memilih satu nama sebagai ganti, akan aku pilihkan nama Amir Hamzah.

Ibu pernah beritahu, "Kamu dulu hampir dinamakan dengan nama Amir Hamzah. Itu kemahuan bapamu," Aku tanyakan kenapa, lantas ibu senyum dan berkata, "Kerna bapamu sangat sukakan sajak-sajak tulisan-nya si Amir Hamzah,"
"Tjempaka, aduhai bunga penglipur lara
Tempat tjinta duduk bersemajam
Sampaikan pelukan wahai kesuma
Pada adinda setiap malam."
 -Amir Hamzah, Buah Rindu.


 Jika aku punya nama lain, aku percaya nama aku ialah Amir Hamzah.

-AsaSiaga- 

17 comments:

Anaknda Bertuah said...

Amir Hamzah.... saya teringat semasa zaman sekolah dulu... ada sorang kawan yg bercita-cita nak jadi Amir Hamzah sbb suka sgt dia dgn sebuah buku bertajuk 'Hikayat Amir Hamzah'. dlm buku tu ada cerita ttg kehebatan Amir Hamzah...Amir Hamzah yg dimaksudkan dlm hikayat tu adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w. yakni Saidina Hamzah r.a.

Tp Amir Hamzah yg AsaSiaga maksudkan ni seorang penyair ye?

monologmalamhari said...

unik nama tuh ..

macyhumaira said...

yang pasti sigaret itu bukan nama di atas ic

Nong Andy said...

AsaSiaga

mungkin sebab tu juga kau jadi pencinta puisi.. begitu?

Gillette Flores said...

Jadi nama benar kau Amir Hamzah ya?

*senyum*

Anonymous said...

Anaknda Bertuah, ya. Kalau sebut perihal Amir Hamzah, kebanyakan akan bicara tentang Hikayat Amir Hamzah, dan si penyair Amir Hamzah. Yang aku maksudkan adalah yang kedua. *senyum*

Aleeya Maisara, pasti.

Macy Humaira, *gelak* ya pastilah, Sigaret Perisa Kafein adalah nama kami semua di sini. Empat orang semuanya.

Nong Andy, pencinta puisi? Tidaklah. Cuma banyak aku bacakan dari koleksi naskah kepunyaan bapa.

Gill, tidak. Anggap saja itu nama kedua aku. Nama kamu, apa pula? Bunga? *senyum kembali*

-AsaSiaga-

puteri jalanan a.k.a annur said...

Asa Siaga,salam buatmu...

emm,annur pernah punya kawan bernama amir hamzah,dan orangnya sangat superb,dia punya pendirian sendiri. dan aku kagum.

ewanthology said...

Mungkin juga kamu sudah mengikut jejak langkahnya juga

hana hadi said...

hana ada 2 orang kenalan nama amir hamzah :) mmg baik dan selalu baca doa di pentas sebelum perhimpunan

Gillette Flores said...

AsaSiaga,
Anggap saja itu nama kedua aku juga.
*senyum kembali*

-0-

cik jannah said...

saya suka nama hamzah. dan teringat kisah sahabat Rasulullah. moga kita jadi sekuat hamzah!

Anaknda Bertuah said...

;)

Anonymous said...

Tuan Puteri, kalau masih berhubung, titipkan salam aku buat dia.

the malay male, cukup sekedar aku kagumi dia. *senyum*

hana hadi, beda dengan aku barangkali! *gelak*

Gill, aku menunggu untuk tahu nama pertama kamu, di lain kali kelak.

Cik Jannah, pasti. Singa Allah itu digelar pasti bersebab. Dan semoganya!

Anaknda Bertuah, senyum2 selalu ya.

-AsaSiaga-

Nong Andy said...

AsaSiaga,

adakala aku rasa aku kenal kamu.. ada tikanya aku cuma teka semborono.. haha. aku ingat kamu pencinta puisi dari tulisanmu yang puitisnya(pada pandanganku)

siapa pun kamu.. rasanya aku mungkin terserempak 'kamu' di mana-mana di alam maya ini selain di sini :)

Aing said...

ada apa paa yg namanya nama? bagi aku nama asasiaga tu sedang mnghampirinya. :)

Skull Writers said...

jadi AsaSiaga nama kamu yang sebenarnya siapa..?

tak mengapa... saya faham :)





Nico Robin

Sigaret Perisa Kafein said...

Nong Andy, mungkin. *senyum*

SaddLone, iya, aku sendiri juga sudah selesa dengan nama AsaSiaga ini.

Skull Writers, siapa aku, apa pentingnya? kamu sendiri bergerak bawak nama SW, begitu juga kami bawah nama SPK. Walau atas apa saja alasan,itu semua tidak penting, aku fikir. yang penting tulisan dan apa yang ditulis. Begitu kan? Itu yang aku pertaruhkan, tulisan aku. Jika itu tidak cukup, maaf ya, kawan? *senyum*

-AsaSiaga-