Petang tadi, Ibu datang, menghulurkan sesuatu dan berkata, "Nah, ini untuk kamu."
Aku ambil bungkusan dan buka kemas, ada kotak kecil berisi wallet. "Untuk apa ini?" Soal aku kembali.
"Ibu lihat wallet kamu sudah rosak. Koyak sana sini. Jadi Ibu belikan baru untuk kamu. Lagi pula wallet kamu sangat kebudakan. Ini lebih sesuai."
Buatannya halus dan elok. Pasti mahal, aku fikir. Warna hitam, dan punya banyak ruangan untuk aku isikan kad atau apa berkaitan. Aku senyum. Benar kata Ibu. Ianya benar-benar sesuai dengan aku. Sangat cocok.
"Terima kasih,"
***
Malam itu sebelum tidur, aku ambil keluar wallet dari kocek seluar, dan belekkan. Ianya berwarna coklat gelap, dengan logo plastik di sudut bawah kanan yang aku sendiri sudah lupa apa tulisan yang bercacah atas logonya kerna sudah pudar. Jahitan di sisi sudah terbuka dan berselirat. Jahitan bawah tempat simpan wang kertas pula sudah separuhnya koyak.
Usang. Hancur, sebenarnya. Umurnya saja sudah lebih dua tahun.
Wallet itu aku belikan bersama dia, di Ibu Kota. Aku terpandang wallet itu, dan aku sukakannya. Cuma ketika itu, aku tidak punya cukup wang. Kami berdua masing-masing masih studen, kekurangan wang. Dan dia sepertinya tahu yang aku mahukan ia. Lantas dia terus ambil dan bawakan terus ke kaunter. Demi Tuhan, ketika itu aku sangat risau! Dia langsung tertawa dan kata, "Tak apa, aku tahu kamu sukakannya. Aku bayarkan separuh, dan kamu bayarkan separuh lagi. Bagaimana?"
***
Wallet tersebut aku simpankan semula di dalam kocek, dan pandangan aku beralih kepada kotak wallet yang baru Ibu berikan, di sudut meja.
Mahu gantikan yang baru?
Ah, biarlah dulu. Bukan aku tidak hargai apa yang Ibu berikan tapinya cuma mungkin aku belum bersedia untuk tukarkan lagi.
Setidaknya, bukan sekarang. Bukan malam ini.
-AsaSiaga-
11 comments:
bingkai kan je lah wallet lama tuu...
dua dua wallet itu ada sentimental value nya masing masing.... harus dihargai kedua dua nya
tukar walletmu setiap hari. ganti-gantikan ia. biar tidak dihimpit rasa kasih sayang yang berbagi itu.
simpan la . buat kenangan . nanti kalau rosak teruk , dah tak boleh nak jaga , simpan eluk2 :)
pemberian satu anugerah kan ? wah dilemma asasiaga :P
andika
kenangan.. jgn di buang. kalau boleh snap gambar wallet tu dulu :)
Kenangan. Sukar mahu buang.
Iman nur Aima, tidaklah sampai begitu sekali.
the malay male, harus begitu. *senyum*
Konfrontasi Lara, cadangannya baik, cuma tidak begitu praktikal untuk aku lakukan. Lihat, di wallet ku saja punya banyak kad, resit dan apa2 yg penting untuk aku alih-gilirkan.
mel, belum. Belum lagi untuk aku tukarkan.
Penglipur Insomnia, itulah!
hana hadi, Felly Sophia, ya. Itu saja yang aku masih punya; kenangan.
-AsaSiaga-
AsaSiaga
aku senyum baca ini... seolah aku sediri melihat kenangan itu di sini.. dlm patah2 nya penuh kenangan.. sepertinya itu kenanganku sendiri :)
Kau tukarkan saja bila hatimu sudah benar-benar bersedia. *senyum*
Memories last a lifetime :)
kau syg dy lagi ..
Post a Comment