Tentang

Thursday, 4 July 2013

Topeng.


Kamu punya topeng? Ah, usah tipu. Semua manusia itu bertopeng. Jangan pernah untuk kamu nafikan itu. Tinggal lagi, untuk apa topeng-nya?

Aku juga punya topeng yang tidak pernah terlihat, dan sentiasa aku pakai untuk lindungi diri aku.

Ianya adalah sudah calar dan rosak. Tapi aku hias semula dengan warna-gurau dan loreng-kata-usik.

Biasanya, aku pakai bila aku ketemu dengan si dia. Aku tak pernah punya keberanian untuk telanjang jujur bila berhadapan dengan si dia.

Kadang, aku pakai cuma selapis. Kadang, dua atau tiga lapis. Ya, bergantung pada mood ketika itu. Jika aku sedang kacau, bisa saja untuk aku pakaikan lebih banyak lapis, dan berharap dia tidak akan pernah perasan akan kesedihan aku.

Atau...mungkin dia tidak pernah ambil peduli pun. *senyum*

Namun, aku selesa begitu. Mungkin, ianya penuh dengan kepuraan. Ada kalanya, kejujuran itu memakan diri, ada kalanya kejujuran itu mengheret kamu jauh dan jatuh ke ruang paling dalam tanpa kasihan.

Untuk apa kamu jujur jika kejujuran itu sedikit-dikit merampas semua yang kamu rasa sehingga kamu tidak punya apa-apa untuk kamu rasakan?

***

Lewat malam itu, aku katakan padanya, yang aku sukakan dia. Sungguh, jantung aku sepertinya terlangkau detak. Pada awalnya, si dia cuma diam. Lama sedikit, si dia mula ketawa dan menggosok lembut rambut aku.

Bilangnya, semakin lama, aku semakin hebat bergurau. Semakin asyik mengusik. Dan dia hampir percayakan kata-kata aku tadi. Si dia bilang lagi, dia sangat beruntung kerna punya kawan yang mampu hiburkan dia setiap masa.

Kamu tahu apa tidakan aku selepas itu?
Aku pakai satu lagi lapisan topeng, dan ikut sama ketawa dengan si dia.


-AsaSiaga-

12 comments:

AdinataGus said...

kadang mereka tak hadam hint-hint yang kita pasang,terpaksa berlapis topeng kena pakai.

reenapple said...

sebab pakai topeng tu yang dia tak sedar tu... tapi betul juga, buat apa mahu jujur sepenuhnya kalau kelamaan kebahagian kita dirampas...

Mulai hari itu... aku mula belajar memakai topeng...

Anonymous said...

She just dont know how to react...

Mungkin saja dia bilang begitu lalu berharap yang kamu akan tidak ikutan ketawa lalu berkata..

" aku tidak bergurau.. dan aku benar-benar sukakan kamu lebih dari kawan biasa"


Atau sebaliknya... dia tidak berharap yg apa yg kamu miliki bersama.. musnah dgn adanya 'rasa' itu...

Nong andy

Falling . said...

knp same ngan kisah aku ??

thats y sampai skrg ktowg asik gelak smbil pakai topeng ''kita kan kawan''

Unknown said...

Tak faham atau pura-pura tak faham. Aku syak si dia pun pakai selapis lg topeng sebelum ketawa. :<

Anonymous said...

topeng gembira yang menindan topeng luka.

ewanthology said...

semua orang ada koleksi topeng mereka...

Selamber Rock said...

pakai topeng susah, tak pakai topeng pun susah..

Mai said...

aku sendiri pakai topeng bila berhadapan dengan diri aku. ahh. payah.

hanaahmad said...

Dia mahu kamu menyakinkan dia sekali lagi yang kamu benar-benar tidak bergurau. :)

hana hadi said...

hana pun kadang2 bertopeng ikut situasi

Penglipur Insomnia said...

Agaknya bila kau punya buku sendiri yg bisa aku kumpulkan tulisan-tulisan kau asasiaga. Aku sukakan. betul-betul suka :D