Malam tadi, aku termimpikan jodohku. Ya benar, sejak belakangan ini aku sering termimpikan jodohku.
Aku tahu dia jodohku kerna lewat mimpi itu, aku dapat rasa adanya suatu rasa di antaranya kami. Rasa tentang kasih, rasa tentang sayang, dan rasa tentang rindu. Tapi dalam kesemua mimpi tersebut, kami tidak pernah bicara! Lucu, bukan? Kadang kami duduk bersebelahan, dan saling curi pandang antara. Ada juga kadang dia sandarkan di bahu aku, dan aku biarkan ia sepanjang mimpi tersebut.
semua tentangnya aku nampak jelas. Tidak terlalu cerah, tetapi tidak terlalu gelap. Sederhana, aku kira. Susuknya biasa. Tapi wajahnya manis dengan milikan mata redup. Rambut pula sebahu. Kadang ia mengenakan busana merah, dan itu kegemaranku. *senyum*
Senyumnya jarang, tetapi melirik. Dan itu yang paling merindukan lantas setiap kali aku sadar dari lena, aku akan berdoa agar malam nanti aku akan terus mimpikan dia lagi sehingga kami bertemu di alam sini kelak. Kerna, aku rindu amat. Aku rindu amat untuk mula bicara dengan dia!
Seperti yang aku bilang tadi, semua tentang dia adalah jelas.
Aku nampak dia, dan dia bukan kamu.
#Rasanya tidak terlalu lewat untuk aku ucapkan Selamat tahun Baru untuk kalian.
-AsaSiaga-
18 comments:
Wah... angau sudah.
boleh pula jumpa jodoh dalam mimpi... Banyak cara Tuhan kasi kita rasa 'rupa cinta'
Unik sungguhlah kalau boleh jumpa Jodoh dalam mimpi.. siap boleh nampak jelas muka dia.. kalau setakat 'rasa' yang sangat jelas.. itu biasa saja. aku selalu mimpi pun jelas saja rasa tu- macam betul :p
ya AsaSiaga, selamat tahun baru juga :)
haha.. 1st!!
berakat dari solat isthikarah mungkin.
lepas ni mimpikan wali dan saksi-saksi nya sekali :)
eceh...da gila bayang kawan kita niiii...hehe...tahniah sahabat...semoga ditemukan dgn yg terbaik,amin...:D
ps:kawin jemput tau.:p
kebiasaannya mereka yg menjelma dalam mimpi adalah manusia2 yg kita pernah jumpa dalam sedar atau tidak.
mungkin, di persimpangan LRT tatkala manusia berpusu-pusu.
atau di pertengahan lampu trafik merah, pemilik kereta sebelah?
*senyum*
klau bukan aku.siapa pula?hahaha
selamat tahun baru.bangkit dari mimpi kawen cepat.hahaha!
asasiaga , bercinta di alam mimpi lebih menarik sebenarnya. :)
peluang macam ini bukan peuang untuk semua. bukan selalu. untung. aku nak juga.
wahhh untung si dia .. moga bertemu di alam ini juga ..
selamat tahun baru ..
Nong Andy, kamu sudah bertemu jodohmu pun. Selamat tahun baru!
the malay male, mungkin mimpi sekedar mimpi.
Iman Nur Aima, semoganya!
Tuan Puteri, kalau aku jemputkan, kamu harus datang!
Macy Humaira, mungkin juga. Aku tidak tahu. *senyum kembali*
si ngokngek, selamat tahun baru juga ya!
Penglipur Insomnia, dan itu yang buat aku bergelut sebenarnya.
fadh, harapnya mimpi kita semua indah seiring dengan sini *senyum*
Aleeya Maisara, selamat tahun baru untuk kamu!
-AsaSiaga-
amboi amboi amboi . khabaran gembira tuh :)
lama aku nanti, baru saat ini dapat menatap tulisan AsaSiaga, tulisan yang selalu aku tunggu di ruang Sigaret Perisa Kafin.
Gill sudah mula berangan-angan si dia adalah Gill.
Haha!
Gill juga pernah bermimpi begitu.
Namun di dalam mimpi itu, kedua kami memakai baju berwarna putih.
Warna kegemaran Gill *senyum*
Merah bukan warna kegemaran Gill.
Nama pangkal lelaki itu 'A' dan kerjanya 'Arkitek'. Lucu.
Ah! Mimpi Gill cuma mainan tidur.
Mimpi kau mungkin yang benar
Mizz flovewish, iya? Tidak lah. *senyum*
Konfrontasi Lara, maaf sedikit sibuk. Akan aku cuba curikan masa. Terima kasih ya.
Gill, kalau begitu, kamu pakaikan merah dan aku pakaikan putih. Adil, kan? Haha. Ah, mimpi hanya sekedar mimpi. Sama saja. Cuma kadang mimpi juga bisa beri pengharapan bila realiti itu tidak memihak.
-AsaSiaga-
Asa Siaga,pastikan dalam msia tau,haha~
serius.
AsSalammu'alaikum... saudara R1 dan semua teman2,
semoga selalu mendapat mimpin2 indah...
namun mimpi tak selalunya indah...
kdg...
dalam mimpi semuanya indah, dalam realiti segalanya gundah...
kdg...
dalam mimpi seringkali gelisah, dalam realiti selalunya indah...
Teruskan berkarya... ;)
moga ada sesuatu di tahun baru ini.. =)
Post a Comment