Tentang

Tuesday, 30 July 2013

Bidadari Langit ii


Malam kelmarin, bidadari langit muncul lagi.
"Masih patah hati?" tanya dia.
"Mana kamu tahu?" 
Dia hanya tersenyum.
"Ah, kamu bidadari. Apa saja yang kamu tidak tahu,"

"Kamu tahu, jodoh semuanya tertulis di langit. Nama kamu juga ada di sana,"
"Adakah nama aku tertulis bersama nama dia?" tanya aku lagi.
"Itu rahsia," jawab dia kembali.

"Kalau kamu naik ke langit nanti, aku mohon kamu padamkan nama aku. Semuanya sudah selesai. Aku sudah.. tak mahu lagi,"

Dan bidadari langit itu, masih lagi tersenyum.

-AsaSiaga-

15 comments:

reenapple said...
This comment has been removed by the author.
reenapple said...

Hummmm.. aku pun tertanya3 juga. Tapi bak kata bidadari tu, semuanya rahsia. Dan aku juga sudah tak mahu lagi... :(

Mai said...

kenapa dirahsiakan? hhahaah. i wonder.

Nong Andy said...

Kalau bagitahu..

Ia bukan lagi rasia..

Dia tidak mahu lagi..
Kerana dia sudah patah hati..
Tapi memang dia tidak tahu lagi..
Yang esok lusa.. dia akan jatuh cinta lagi

Heartbeat said...

seberapa benar kamu 'sudah tak mau lagi' ? apa benar kamu mahu nama kamu di padam ?

puteri jalanan a.k.a annur said...

suka berahsia mmg sifat seorang bidadari...

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

aku tak mahu tahu
dan takut untuk tahu.
kerana harapan yang pernah ada satu masa dulu sudah hancur...

jadi aku bangkit hanya bersandarkan pada keyakinan yang satu masa nanti akan ada masa depan yang lebih baik untuk aku dan dia kembali bersatu.

@apikoss said...

kunfayakun. takdir Allah, no doubt

catherine- said...

senyum dan jalani hidup apa adanya. :)
yang tidak itu akan "iya"

Anonymous said...

lelah , sampai masa yang tepat, semuanya akan pantas. sabarlah dan teruskan menunggu. :)

Selamber Rock said...

lambat laun, akan tahu jugak. someday...

Heartbeat said...

aku ada satu soalan untuk kamu

Unknown said...

Misteri bidadari. :)

Heartbeat said...

sampai satu masa, aku rasa aku dah tak mampu nak berdiri lagi . .

CikTeddyCorner said...

deep >,<