Tentang

Saturday 13 October 2012

Cerita Bodoh Tentang Buck Futter yang Bodoh.

Niat, tak menghalalkan cara.

Niat, semurni mana pun dia, kalau usaha yang kau lakukan untuk mengecap niat itu tak berapa nak betul, tetap haram.


Niat aku: Aku nak sangat buat kau jadi isteri.

Cara: pisahkan kau dari lelaki bastard itu.


Rasional: 

1) Gila apa. Lelaki tu tak pernah solat, kau nak buat dia jadi suami kau ke, pempuan?

2) Dia pemarah. Pemarah fizikal. Aku boleh tahu kalau kau fuck up, muka kau jadi sasaran tumbukan dia.


Hasil: Gagal.

Alasan gagal: 

1) Kau masih setia dengan dia. Aku tak faham. kalau kau kata kau menderita dengan dia, kenapa dia yang kau cari? kenapa dia yang kau setia?

2) Kau nak kad kahwin kau nampak "kelakar". (Halim + Hazirah = HaHa = Ha kuasa dua) Alasan paling bodoh.

3) niat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat aku yang kononnya untuk selamatkan kau dari lelaki bastard tu, kalau caranya itu salah sebab aku letakkan keputusan itu dalam tangan aku sendiri, usaha aku tetap akan gagal. 

Semoga bahagia. Jangan jemput aku pergi kenduri kahwin kau. 

-Buck Futter-

7 comments:

ghost said...

aku cuma berfikir bila kau kata lelaki tuh macam teruk sangat tak penah solat, buat apa dia nak jadikan suami..

hmmm...alhamdulillah, kau sorg yang cukup solat, tapi malang, kau bukan pilihannya. pasti dia 'bertuah' kalau pilih kau.

Anaknda Bertuah said...

Bunga bukan sekuntum...
usah dipujuk rayu bunga yg layu...
banyak lagi bunga yg segar dan mekar mengharum...

puteri jalanan a.k.a annur said...

sedihnyer...~

soal hati susah nak cakap...hmm...

Nong Andy said...

Bingung...

lelaki ke perempuan yang nak di pisahkan?

aku juga tak faham sebenarnya. kenapa nak menderita dgn dia.. yg kau cinta itu. Tapi aku jumpa begitu.. aku join menderita tgk hubungan mereka!!

Kalau boleh aku sihir (niat yang tidak menghalalkan cara)
aku mahu saja sihir dia.. supaya jatuh cinta dgn lelaki lain.. Tapi aku tak tahu ilmu hitam, magik dan yg sewaktu dgnnya..
jadi cinta itu mudah di sebut.. tapi sukar di jelaskan!!


ah panjang sudah...

Sigaret Perisa Kafein said...

ghost writer, ''? dalam maksud tuan. mm.

Nong Andy, perempuan.. entah kenapa dia bahagia dalam derita? misteri betul dia ni. cinta ni mudah. pencinta2 yang payah. umpama kari boleh dihirup pakai sudu, dia nak pakai garfu.

-buck futter-

Aing said...

kad kawen kelakar? haha

seteruk mana laki tu, mesti ko rasa lagi teruk sbb kp bukan pilihanya kan?

sebaik mana laki tu, baik ko cari pompuan lain.

perempuan tu baik2 ke?

Felly Sophia said...

Cinta tak bodoh. Cuma manusia.