Tentang

Tuesday, 5 February 2013

Kekasih Lama.


"Kekasih lama kau sudah bertunang, dan bakalan menikah tahun ini,"

Dalam hati, mahu aku tanyakan bekas kekasih yang mana satu. *gelak* tetapi ya, dia cuma kenal sa-orang bekas kekasih aku.

Yang, itu.

"Baguslah.." jawab aku, pendek.

"Kau tak rasa apa-apa? Bukan kau yang tinggalkan dia dulu, alih-alih dia yang menikah dahulu!"

Entah. Aku tak mahu peduli apa-apa berkaitan dia.

***

Ceritanya mudah. Kau boleh kata apa saja tentang aku. Kau boleh kata apa saja tentang keburukan aku, kelemahan aku. Di depan, atau di belakang aku. Terserah kau.

Tapi, jangan pernah untuk kau kata apa-apa berkaitan keluarga aku.

Aku tak kira ianya sengaja, atau tidak sengaja. 

Dalam hati aku terisi ramai orang. Ada keluarga, sahabat, teman, kawan, kenalan dan mungkin juga kalian.

Tapi dia, takkan pernah mendapat tempat dalam hati aku.

Sumpah demi Tuhan, perempuan seperti dia takkan pernah mendapat tempat dalam hati aku, walau sedikit pun.

-AsaSiaga-

13 comments:

ewanthology said...

keluarga tetap no 1 kan

monologmalamhari said...

family first baru lover kan .. :)

Nong Andy said...

ok. i get it..

:)

Iman Nur Aima said...

duri apakah yg dia telah bawa pergi? mmm..

Gillette Flores said...

Ya. Benar.
Si dia pernah membuatkan mak Gill berkecil hati dan cinta dalam hati Gill terus tawar.
Dan dia jugak bakal menikah tak lama lagi. Satu lagi kebetulan :)

Noura Fatiha said...

family is always first kan ?? takpe , masih ada orang lain yang boleh menggantikan si perempuan itu bukan ? :)

Anonymous said...

Ada baiknya AsaSiaga dan Flores ketemu . Banyak benar kebetulannya . Mana tahu kasih bertaut ? Kakakakaka !!

Yoba

CikTeddyCorner said...

tempat dia di hati lain dan dia dah jumpa.

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam sejahtera buat kamu R1...

fuhh...nape marah2 ni...ce senyum skit??? :)

sampai kesini terasa bahangnya...

AdinataGus said...

Jangan kecewa utk apa bukan milik kita.

Unknown said...

Kalau sentuh bab keluarga dan sahabat,boleh keluar mood "protective". heh

Sigaret Perisa Kafein said...

the malay male, Aleeya Maisara, teja, iya sudah tentu itu.

Nong Andy, kamu lebih tahu itu kan?

Iman Nur Aima, tidak. dia tinggalkan duri itu untuk aku cabut sendiri.

Gill, aku setuju. cukup sekali, rasa itu boleh pergi begitu saja. kan? Ah, kebetulan ya? kadang kala aku fikir apa lagi kebetulan yang ada. *senyum*

Mizz flovewish, ya tentu. aku percaya itu.

Yoba, kau jangan ada2 lah. pergi update blog sana.

O CIKTEDDY, biarkan.

tuan puteri, salam untukmu kembali. senyum, begini? *senyum* terima kasih singgah ke sini ya?

KonspiMaker, takkan pernah.

-AsaSiaga-

Felly Sophia said...

Maka aku kira, hati engkau layak dijaga oleh perempuan lain. Tapi bukan dia.