Tentang

Friday 8 February 2013

Kenangan Indah

Di satu sudut, bilah kayu pasak bernombor itu aku renung. Lusuh dan usang di makan usia. Lampu pam gas di siling sedari tadi menerangi suasana hampir malap kehabisan minyaknya.

Lalu dicapai kerusi bulat separa lutut dan aku duduk. Ruang itu, meja bulat terletak bekas kecil lada sulah, kicap cair, cili jeruk serta rimbunan chopstick juga sudu garfu.

Hangat haba dari dapur dapat dirasa serta aroma kaffein menyerapi rongga halus sinus.

Selang sepuluh minit kemudian, roti bakar, telur separuh masak dan satu cawan kecil kaffein pekat sudah berada di hadapan. Tidak lupa juga Mee Yee Yong Kungfu sebagai pelengkap kunjunganku.

Biar, biarkan aku menikmati suasana indah ini, di kedai kecil miliknya sa-orang Cina bersama arwah atuk walau sekadar di dalam memori.

Kerana aku tahu, kenangan dan suasana itu sukar untuk aku perolehi diwaktu ini yang serba serbi moden.


-Yoba-

5 comments:

hana hadi said...

terkenangkan memori yang lalu. xsama degan skrang yang serba moden

Nong Andy said...

cerita tentang makanan dan kopi o kaw-kaw memang buat aku kecur air liur nih..

adakala bila nikmati situasi itu terasa Djavu pula :)

Wadi AR said...

dah mcm old town white coffe. ermmm sedap betol

Anonymous said...

@hana hadi

benar benar ... sungguh indah bukan momen itu ?

@Nong Andy

Ayuh ?

@Wadi

Kalau yang kau fikir adalah kedai itu , maka kau belum dapat bayangkan lagi apa yang aku inginkan ...

-Yoba-

Sigaret Perisa Kafein said...

aku sudah kata pada kau dulu, Yoba. kopitiam yang begitu paling bermakna. semakin usang, semakin bagus!

-AsaSiaga-