Tentang

Saturday 2 February 2013

Indah


Apabila tonton sebuah filem yang bagus, dan digarap pula dengan baik, rasanya pasti lain. Rasanya pasti, indah. Apa lagi kalau filem itu sebuah filem cinta. Tentang sepasang anak laki-laki dan anak perempuan yang bertemu di pengawalan cerita, bertingkah di pertengahan tetapi tetap bersatu di akhirnya.

Klise, tetapi indah bukan?

"Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku.Ku lari ke pantai, kemudian teriakku.Sepi.. sepi dan sendiri, aku benci.Aku ingin bingar, aku mau di pasar.Bosan aku dengan penat,Enyah saja kau, pekat! 

Aku berjelaga di kaki sendiri.Pecahkan saja  gelasnya biar ramai.Biar mengaduh sampai gaduh.
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih.Kenapa tak goyangkan saja locengnya?Biar terderah.Atau, aku harus lari ke hutan,belok ke pantai?"

Dan kalaulah dunia sini juga seindah itu? Biar kamu jatuh entah berapa kali, luka dan calar menjadi kebiasaan hati, tetapi nanti pasti berhasil. Kelak, pasti berhasil.

Jika gagal pun, aku tahu aku coba. *senyum*

Kalian, bagaimana?


-AsaSiaga-

14 comments:

monologmalamhari said...

puisi itu dari 'ada apa dengan cinta' ..

cinta itu memang indah dan juga memerlukan pergorbanan .

AdinataGus said...

Apa perkara sekalipun cuba dan usaha dahulu,baru tahu hasilnya di mana.

Gillette Flores said...

Asasiaga,

Adakala Gill rasa kita punya banyak persamaan. *senyum*

Kebetulan mungkin.

Gill tujukan lagi 'Tentang Seseorang' untuk kamu :)

15 R.Awal kita melihat dan memuji purnama yang sama :)

Fadhlan Roslan said...

cuma satu. kalau satu kegagalan selepas satu dan berulang entah sampai bila, cukup ke dengan sekadar berpuas hati, tahu yang kita sudah mencuba? pahit juga rasanya. kan?

Mai said...

*senyum*

ewanthology said...

realiti dan fantasy x selalunya sama

Iman Nur Aima said...

ada apa dengan cinta? *too good to be true* :)

Iman Nur Aima said...

ada apa dengan cinta? *too good to be true* :)

Nong Andy said...

memang liat sikit aku mengunyah bicara-bicara mu AsaSiaga..

tapi yah.. aku tahu aku coba.

belum gagal, tapi yah.. masih terus berusaha :)

Felly Sophia said...

Ya, jika gagal pun aku tahu aku cuba. Tak salah kita berusaha dan cuba kan, AsaSiaga?

:)

CikTeddyCorner said...

aku cuba realitikan mimpi dan paling tidak,ia nyata sekarang...indah tapi indah tak selalu berpanjangan..kadang sulit,kadang duka,kadang derita..itu biasa.tapi masih,keindahan itu terasa =)

Sigaret Perisa Kafein said...

Aleeya Maisara, ya betul. ianya dari AADC *senyum*

KonspiMaker, setuju. Coba dan lihatkan hasilnya.

Gill, terima kasih untuk lagu itu. Ah, kita melihatkan purnama yang sama? *senyum kembali* dan semoganya kita juga berkongsikan rasa yang sama.

fadh, ya. kegagalan demi kegagalan adakala buat kita lelah.tapi, manakan tahu yang seterusnya berhasil? jika tidak coba, tidak tahu kan?

Maii, salam buatmu. *senyum*

the malay male, pasti. tapi fantasi bisa buat kita lebih semangat hadapi realiti yang menggigit.

Iman Nur Aima, ya. antara yang terbaik.

Nong Andy, mungkin kerna aku bukan penulis yang baik. Ianya buat aku sukar memaknakan setiap rasa yang aku mahu luah melalui tulisan. Maaf ya, akan aku coba lebih baik.

Felly Sophia, benar. coba saja sampai berhasil. Semoganya.

O CIKTEDDY, realitikan mimpi. itu menarik. terima kasih!

-AsaSiaga-

Gillette Flores said...

AsaSiaga,
Gill punya satu permintaan.
Gill ingin bertemu kamu.
Boleh?

Unknown said...

Derita yang kamu rasa akan membentuk diri yang baru. Asal tak berhenti mencuba. :)