Tentang

Monday, 8 October 2012

Peduli

Puas sudah aku katakan padamu,
Berkali-kali juga aku hamburkan segala apa yang terdaya,
Segalanya demi bekalan sepanjang tempoh kini dan akan datang.

Aku mengerti engkau merasa ditekan,
Beranggapan diri tidak merdeka meskipun usia sudah mampu membuat keputusan.
Dan engkau katakan sanggahku tak ubah lagaknya bak pahlawan.
Sedangkan diri aku juga tidak pula suka menekan,
Akhirnya, kita sukar mencari titik persilangan untuk mencapai kesepakatan.

Namun begitu engkau perlu faham,
Dan mohon dengar sebaiknya kerna mungkin ini terakhir dariku.

Sini haluanku, sana adalah haluanmu.
Pergilah ke sana  dengan segala apa yang engkau rasa,
Bersama dengan apa yang engkau percaya,  yang boleh buat engkau bahagia.
Saat jejak itu diambil, aku sudah tidak mahu ambil tahu.

Andai apa yang aku katakan tadi sudah tidak mahu dihadam,
Tidak mahu pula didengar atau ditimbang-tara,
Atau sekurangnya terpalit sedikit di kotak minda dan jiwa...

Peduli! Peduli! Peduli!

Bukankah itu pilihan yang telah engkau putuskan?

-Yoba-

2 comments:

MalizaMah said...

salam perkenalan awak.

Nong Andy said...

peduli..peduli..peduli..

tidak mahu peduli lagi?

atau sebenarnya berjauh hati..

dan sebenarnya masih ambil hati..

masih peduli..
masih sayang..
Masih care...

hati itu resah sebenarnya..

dgn haluan yang di pilihnya..

hati itu risau sebenarnya..

kalau kelak semuanya terlewat..

Dan jauh dalam hati.. kau amat peduli!