Tentang

Sunday, 14 October 2012

Pesanan Buat Hati

Hati, rawatlah dirimu sepertimana engkau sentiasa merawatinya sepanjang tempoh nafas ni. Bukankah engkau sentiasa ditikam bertubi-tubi?  Bukankah engkau sudah biasa dipijak lumat hampir mati? Usah risau, akhirnya bukankah engkau sentiasa memujuk diri?

Hati, aku tidak hirau andai engkau mahu menjadi sekeras besi, malahan tidak pula peduli andai busuk seperti bangkai, cumanya aku harap janganlah engkau mati rasa kerana andai itu berlaku, segalany sudah tidak bererti lagi.

-Yoba-

9 comments:

Dean Vicious said...

hati aku hampir mati.

puteri jalanan a.k.a annur said...

mati rasa satu seksa tanpa peri...kau dipenjara tanpa siapa peduli...tangan dan kaki kau terikat hanya untuk memahami...

Sigaret Perisa Kafein said...

Hola semuaaaa ! Ini post pertamaku ! Senang berkenalan dengan kamu semua .

@Dean Vicious

Jangan biar ia mati .. Suburkan lah ia .

@annur

Kaki dan tangan hanya mengikut apa yang diarahkan namun kadang kala tidak pernah memahami

Sigaret Perisa Kafein said...

Yoba, jika kau tidak pernah hirau akan hati kau mahu jadi sekeras besi atau sebusuk bangkai, dan kenapa pula kau mahu hirau jika esok-esok hati kau mati?

Mulakan dengan sedikit-dikit. sebelum mati, jangan biar busuk. sebelum busuk, jangn biar keras.

Bukan begitu?


-AsaSiaga-

Nong Andy said...

jangan mati.. kalau mati.. bawa aku sekali..

puteri jalanan a.k.a annur said...

selamat berkenalan Yoba...:D

kau tahu Yoba,selepas noktah pasti ada ayat sambungan...kerana hidup manusia ibarat buku,punya bab yg tersendiri...sekalipun mati,kita akan ada kehidupan seterusnya...izinkan aku bertanya,kehidupan kau sekarang di bab yang mana?:D

Anonymous said...

kebiasaan itu tidak pernah memudaratkan, malah mengajar diri supaya tidak rebah memakan hati.

Sigaret Perisa Kafein said...

@AsaSiaga

aku masih memujuk hati agar terus berasa dan tidak mati sebabnya aku masih peduli

@Annur

Aku di dalam kehidupan yang kelabu. Tiada yang jelas namun begitu tidak pula keliru. Menyedihkan? Aku tahu.

-Yoba-

Anonymous said...

duhai hati, taburkanlah benih baru agar mulai subur.

sadd