Tentang

Tuesday, 16 October 2012

Rezeki

Frasa melankolik bangsamu yang sepet ada berkata ...

"Jika engkau mahu pacu kudamu dengan laju, berikanlah rumput dan air yang terbaik atau sekurang-kurangnya secukupnya nescaya dia pasti gembira berkhidmat untukmu"

Namun aku di kerah seperti tiada hari esok.
Di tekan hingga teruk namun hasil diri sekadar cukup makan.
Malahan dicaci dan diumpat keji.
Bila ku suarakan ke-tidak-puas-hati-an,
Engkau herdik seperti aku tiada maruah dan hamba abdi.

Jadinya selamat tinggal dan terus-terusan lah dengan sikap kedekut engkau...
Kerana aku percaya bumi ini terbentang luas untuk aku hidup tanpa mengemis disisi mu.

-Yoba-

6 comments:

Gillette Flores said...

Semoga dimurahkan rezeki di tempat yang lain.
Dan semoga di tempat baru yang lebih baik hendaknya =)

Felly Sophia said...

Rezeki itu bukan "Engkau" yang beri. Tapi Dia.

puteri jalanan a.k.a annur said...

ah,jangan tunduk,lawan saja.

wangsa said...

Yoba, jadikan itu semua sbg baja utk melangkah ke depan dengan lebih yakin dan bersemangat....mencari rezeki yang Tuhan telah sediakan untukmu di tempat lain dan di padang yang lain...

rezeki itu olang pun Dia juga yang kasi maa...
sedang tanah besar mereka diperintah mengikut acuan komunis - cara terbaik utk mengawal sejumlah manusia yg ramai - yg berfikiran sedemikian rupa...

disini...di sepet boleh saja berfrasa demikian, namun di tanah besar, siapa yg berani melawan pemerintah...pasti akan di'ngap'...hilang penuh misteri...jgn dicari...

Anonymous said...

hi yoba ! ko kudakah?

saddlone yg malas login :)

Unknown said...

tiada yang mustahil d dunia...
ngapa perlu jadi hamba kepada seseorang...
just abdikan diri pada YANG SATU...
rezeki yang Dia beri pasti melimpah ruah...
peace...