Tentang

Monday, 11 February 2013

Sampai.


"Kenapa dia sampai begitu sekali?"

Begitu, bagaimana?

"Sampai dengan perempuan begitu sekali dia menggantikan aku. Apa dia sudah terdesak?" katanya dengan nada mengejek.

Aku diam, tiada apa yang aku mahu balaskan.

"Setahu aku, dia tidak suka perempuan gaya begitu. Kenapa sekarang dia gantikan aku dengan.. perempuan sebegitu?"

Ya, mungkin saja perempuan gaya begini atau begitu bukan kegemaran dia. Mungkin perempuan gaya seperti kamu yang dia sukakan.

"Jadi?"

Kau tahu, perempuan itu, yang dia gantikan itu, sangat sayangkan dia. Sangat jatuh pada dia dengan seluruhnya dia. Sangat suka akan dia dengan apa pun diri dia. Nah, itukan yang paling penting? Bersama dengan orang yang terima dia atas siapa dia. Bukan kerna dia begini atau begitu.

*dia diam*

Kamu juga tinggalkan dia kerna dia begini atau begitu. Kau tahu, perempuan itu pula terima dia kerna dia begini atau begitu. Seadanya.

"Ah, biarkan!"

-AsaSiaga-

12 comments:

AdinataGus said...

Jangan main tinggal2 suka hati,harus ada tertibnya dlm menolak sesuatu.

macyhumaira said...

tak akan pernah kita jumpa yg sempurna.

asal dipandang sempurna oleh yg tak sempurna, dia juga bakal jadi sempurna di mata kita.

kan.

Wadi AR said...

perempuan ni jangan buat main. bila dah sayang boleh jadi gila. tapi aku tak lah. haha

Felly Sophia said...

Kau punya kekurangan, tapi dia cintakan kau dengan segala kesempurnaan.

Anonymous said...

manusia harus slaing melengkapi, bukan menjatuhi.

ewanthology said...

ahhhh pening

Nong Andy said...

"sampai dgn pempuan gitu sekali di gantikannya aku?"

e... ayat tinggi diri yg buat loya tekak tu.

*ter-emo la pula hehe..

hana hadi said...

owh.. hana dah faham maksud entry ni.

masa hana baca entry ni. sampai kat petengahan entry. dalam fikiran hana "mungkin lelaki pilih perempuan tu sebab nak isi kekosongan dan mengubat hati bila ditinggalkan perempuan sebelum ni"

di akhir perenggan baru hana dapat tangkap maksudnya..

ke macam mana

Anonymous said...

KonspiMaker, bukan semua fikirkan itu.

Macy Humaira, iya. Andai sudah jodoh, begini atau begitu juga sudah sempurna.

Wadi AR, kedengarannya sudah menakutkan! *gelak*

Felly Sophia, semacam melengkapi? *senyum*

Konfrontasi Lara, kan itu sebaiknya.

the malay male, kurang faham? Maaf ya. *senyum*

Nong Andy, *gelak* tapi aku akui, dia benar2 cantik. Tapi itu bukan alasannya juga, kan?

hana hadi, terpulang. Aku cuma ceritakan semula. Dan ya, apa yang kamu fikir itu, hampir seperti apa yang aku fikir.

-AsaSiaga-

Jiwa Perempuan Gila said...

dulu aku pun selalu bertanya . kenapa dia pilih perempuan itu , kenapa bukan aku . huuu .

monologmalamhari said...

terima la dia seadanya .. jangan dicari yang lebih sempurna kerana tiada yang sempurna di dalam dunia nie .. robot pun punya kekurangannya ..

Sigaret Perisa Kafein said...

Jiwa Perempuan Gila, lama tak nampak kamu. Ah, aku fikir itu memang soalan yang kerap ditanya. mungkin?

Aleeya Maisara, ada benarnya itu. *senyum*

-AsaSiaga-